China tolak dakwaan 'tidak puas hati' terhadap Malaysia

  • 7 years ago
Duta China ke Malaysia, Huang Hui Kang menolak dakwaan bahawa Beijing tidak berpuas hati terhadap Kuala Lumpur dalam usaha mencari dan menyelamat pesawat penerbangan MH370. Sebaliknya, beliau mengucapkan terima kasih atas usaha dan kerjasama malaysia, serta menjamin hubungan antara dua negara itu tidak akan terjejas berikutan insiden MH370. Seperti Malaysia, China juga tidak akan berputus asa dalam usaha menjejak MH370.