Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta merupakan satu lagi sejarah unggul Kesultanan Negara Brunei Darussalam. Istiadat gilang gemilang itu wajar disertai malahan dihayati sedalam-dalamnya sebagai tanda syukur dan gembira serta taat setia yang tidak berbelah bahagi terhadap Kebawah Duli Yang Maha Mulia sebagai seorang pemimpin yang telah memberikan sumbangan amat besar terhadap hala tuju pembangunan dan kemajuan Negara Brunei Darussalam di sepanjang tempoh lima puluh tahun yang lalu.
Raptai Sambutan Jubli Emas Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan dan Yang Di-Pertuan Negara Brunei Darussalam Menaiki Takhta, khususnya Istiadat Perbarisan Kawalan Kehormatan, Majlis Istiadat Mengadap dan Istiadat Perarakan Mengelilingi Bandar Seri Begawan diadakan hari ini. Duli Yang Teramat Mulia Paduka Seri Pengiran Muda Mahkota Pengiran Muda Haji Al-Muhtadee Billah ibni Kebawah Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Baginda Sultan Haji Hassanal Bolkiah Mu'izzaddin Waddaulah, Menteri Kanan di Jabatan Perdana Menteri, SELAKU PENAUNG JAWATANKUASA PENASIHAT SAMBUTAN JUBLI EMAS, berkenan berangkat bagi meninjau raptai Sambutan Jubli Emas tersebut.

Category
🗞
News