Seret dan pukul dalam kafe siber, 4 lelaki ditahan

  • 7 years ago
Empat lelaki disyaki disyaki terbabit menyerang seorang pelajar sebuah kolej dalam sebuah kafe siber di Setiawangsa, di tahan polis.

Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner, Rusdi Mohd Isa, semua suspek ditahan di beberapa lokasi sekitar Kuala Lumpur dan Selangor dalam kejadian pada Khamis lalu.

Katanya, empat lelaki itu yang berusia antara 20 hingga 24 tahun merupakan pekerja sebuah restoran makanan arab di Setiawangsa.

Beberapa individu lain masih dikesan polis.

Sebuah video yang tular di media sosial memaparkan mangsa berusia 21 tahun didatangi sekumpulan lima suspek ketika sedang menggunakan sebuah komputer sekitar jam 3 pagi.

Mangsa dibelasah dan kemudian ditarik keluar dari kafe siber sambil dipukul dan diacukan dengan sepucuk pistol dipercayai tiruan.

Mangsa turut dicederakan dengan sebilah pedang samurai, selain kepalanya dihentak dengan alat pemadam api.

Mangsa dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) menerima 7 jahitan di kepala, selain patah jari telunjuk dan lebam pada belakang badan serta muka.