Bravo wira Chile, Ronaldo kempunan ke pentas akhir

  • 7 years ago
Penjaga gawang Chile, Claudio Bravo muncul wira apabila menidakkan tiga penalti daripada pemain Portugal dalam aksi separuh akhir Piala Konfederasi 2017.

Terikat 0-0 untuk permainan sebenar hingga memaksa pemenang ditentukan dengan sepakan penalti, Bravo mengecewakan Portugal apabila penalti Ricardo Quaresma, Joao Moutinho dan Nani dinafikan dengan kecemerlangan beliau.

Kekalahan Portugal itu mengecewakan pemain sensasi Cristiano Ronaldo yang kini berdepan keraguan mengenai masa depannya bersama kelab gergasi Sepanyol Real Madrid selepas tuduhan mengelak cukai di negara berkenaan.

Recommended