Vinicius Junior 'jelmaan' Neymar kini milik Real

  • 7 years ago
Juara La Liga 2017, Real Madrid mengumumkan akan mendapatkan khidmat pemain muda Brazil Vinicius Junior sebaik sahaja pemain itu mencecah usia 18 tahun.

Real dalam satu kenyataan berkata kelabnya telah mencapai persetujuan dengan Flamengo untuk perpindahan Vinicius dengan nilai 40 juta euro (RM192.57 juta).

Vinicius yang kini berusia 16 tahun mencuri tumpuan dengan aksi cemerlang bersama pasukan Brazil B-17 ketika kejohanan Amerika Selatan B-17.

Aksi memukau beliau sering disamakan dengan pemain sensasi Barcelona Neymar Junior yang juga berasal daripada Brazil.

Nikmati aksi Vinicius Junior ketika bersama pasukan kelabnya Flamengo dan pasukan kebangsaan Brazil B-17.