Video: Pintu ke mana saja Doraemon kini jadi 'kenyataan'

  • 7 years ago
Siapa yang tidak kenal dengan watak kartun lagenda Doraemon dengan pelbagai barangan canggih yang terdapat dalam poket di badannya.

Dan buat yang menonton siri kartun berkenaan pasti tidak akan lupa dengan barangan canggih 'Dokodemo door' atau pintu ke mana saja yang sering digunakan dalam kartun berkenaan.

kini 'Dokodemo door' ternyata sudah menjadi kenyataan. Menerusi satu video yang dimuat naik oleh laman Facebook Tech in Asia beberapa hari lepas.

Dalam video berkenaan menunjukkan pengguna boleh merasai pengalaman menggunakan pintu ke mana saja dengan bantuan cermin mata VR ( virtual reality) atau realiti maya.

Idea bertemakan pintu ke mana saja ini dihasilkan syarikat VR ZONE Project I Can di sebuah pasar raya Tokyo Solamachi, Tokyo sejak semalam.

Recommended