Rahsia Seksual, Remaja & Suami Isteri bersama Dr. Ismail Tambi [Official Video]

  • 7 tahun lalu
Saya yakin ramai wanita sebelum ini malu mendapat maklumat berkaitan kesihatan seksual, sekarang ini dah ada yang faham dan tak malu-malu lagi. Jadi saya fikir dah sampai masanya kita perlu jelaskan lebih mendalam lagi apa yang mungkin tidak diketengahkan.

Saya mendapat maklum balas mengatakan ada banyak perkara lagi yang tidak dicungkil, maka tujuan kita terbitan siri video kesihatan seksual ini adalah untuk mengupas maklumat lebih lanjut lagi supaya kita sama-sama boleh faham.

Jadi di sini kau kita bercakap tentang kesihatan seksual, kita tengok dari sudut kaum lelaki yang cepat klimaks, getar dan sebagainya. Dan kita juga faham sedikit sebanyak wanita juga mengalami masalah sama, di samping itu kita juga akan berbicara tentang perubahan lelaki lanjut usia, tiada ketegangan zakar dan sebagainya.

Jadi dalam video ini banyak perkara kita akan menyungkil dan mengupas. Di harap anda semua akan mendapat manfaatnya. Saya berpendapat VCD ini sesuai untuk remaja, pasangan yang baru berumahtangga dan juga pasanganyang sudah lama hidup bersama.

Dr. Ismail Tambi

POS PRODUKSI: WELLCOM EVENTS
SKRIP: ROSLEE AYOB
PENGARAH / PENERBIT EKSEKUTIF: ROSLEE AYOB