Video kecoh berebut anak? netizen prihatin nasib anak

  • 8 years ago
Satu rakaman pergaduhan berlaku dipercayai kerana merebutkan anak kini viral di laman sosial.

Rakaman berdurasi hampir tiga minit itu memaparkan beberapa individu saling bertikam lidah dengan jelas kedengaran surat dari mahkamah serta report polis dilontarkan oleh individu terlibat.

Berlaku tarik menarik, tumbukan serta tamparan antara individu terbabit dan kedengaran tangisan kanak-kanak.

Rakaman tersebut dimuat naik oleh Facebook Mami Tanjung dan mendapat reaksi daripada para pelayar internet yang memberikan komen prihatin terhadap nasib anak berkenaan

Recommended