Kecoh di kongres AMK : ' Sabotaj terancang'

  • 5 years ago
Kepimpinan AMK akan buat laporan polis dan laporan kepada setiausaha agung (Saifuddin Nasution) dan ROS (Jabatan Pendaftaran Pertubuhan) untuk gesa dan tuntut kongres AMK 2019 dibatalkan dan diadakan semula, kata Timbalan Ketuanya, Hilman Idham

"Beberapa laporan polis dah dibuat. Mizan dan Ramly (bekas pengerusi dan timbalan pengerusi tetap) dah buat (laporan polis), beberapa anggota perwakilan dah buat laporan polis.

"Selepas ini beberapa exco AMK yang dikasari kita putuskan akan buat laporan polis.

"Setelah lengkap kita akan teliti dan kumpulkan laporan supaya laporan lengkap kita serahkan kepada setiausaha agung parti dan ROS," katanya pada satu sidang media berasingan dari kongres tersebut, iaitu di D'Village Resort hari ini.

Situasi tegang timbul sejak pukul lapan pagi lagi di hadapan pintu masuk dewan Pusat Perdagangan Antarabangsa Melaka (MITC).

Beberapa perwakilan mendakwa tidak dibenarkan masuk sedangkan pemuda berbaju hitam dikatakan hadir sebagai pemerhati dibenarkan masuk.