Wrestlecon 6 temui peminat gusti tanah air

  • 8 years ago
anya tinggal sembilan hari lagi, persembahan Wrestlecon Malaysia 2016 (Wrestlecon 6) bakal menemui peminat gusti profesional tanah air.

Wrestlecon atau lebih dikenali sebagai PGMania sebelum ini adalah siri ke-6 persembahan gusti profesional sejak diperkenalkan di Malaysia pada tahun 2011.

Penganjur Wrestlecon 6 ketika dihubungi berkata, persiapan kini sedang berlangsung dengan pelbagai aktiviti telah siap diatur bagi mengisi jadual sepanjang karnival nanti.