Sewa tanah kebun meningkat- Pengguna tanggung beban, kata Adun Tanah Rata

  • 4 years ago
Adun Tanah Rata, Chiong Yoke Kong hari ini menggesa agar kerajaan Pahang mempertimbangkan harga kadar sewaan tanah berdaftar sebanyak RM4,500 bagi pekebun sayur-sayuran di Cameron Highlands.

Menurutnya kenaikan harga sewaan mendadak sehingga 500 peratus ini dilihat tidak munasabah

dan akan memberi kesan negatif kepada bekalan dan harga makanan yang terpaksa ditanggung oleh pengguna.

Beliau berkata demikian selepas majlis penyerahan memorandum berkenaan cadangan supaya harga sewa itu dikaji kembali bersama beberapa pekebun dari Cameron Highlands kepada Ahli Parlimen Seremban Anthony Loke dan disertai oleh bekas timbalan menteri pertanian dan industri asas tani, Sim Tze Tzin.