Video: Polis gari, cedera cikgu telah ditahan

  • 8 years ago
Seorang anggota polis ditahan bagi siasatan berhubung video viral seorang guru yang cedera ketika ditangkap oleh anggota terbabit.

Ketua Polis perak, Datuk Seri Abdul Rahim Hanfi mengesahkan bahawa anggota polis terbabit disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan.

Rakaman berdurasi 20 saat itu memaparkan dua lelaki berpakaian biasa menangkap seorang lelaki dan memulas tangannya kebelakang untuk digari.