Najib belum jelaskan urusniaga RM42 juta kepada Umno

  • 9 years ago
Pengarah Komunikasi Strategik BN Abdul Rahman Dahlan mengakui Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak masih belum memberi penjelasan kepada pemimpin Umno berhubung RM42 juta yang disalurkan ke akaun peribadinya melalui sebuah anak syarikat SRC International.

Diasak wartawan sama ada wang berkenaan adalah ‘derma’, Abdul Rahman mengakui beliau tidak tahu.

SRC International, adalah firma yang dimiliki oleh Kementerian Kewangan dan juga anak syarikat 1MDB manakala Najib juga adalah Menteri Kewangan.