PAS jejak pemegang IC hijau jadi pengundi

  • 9 years ago
Dewan Pemuda PAS turun padang menjejaki penduduk sementara (pemegang kad pengenalan hijau) yang didakwa menjadi 'pengundi hantu' di DUN Bangi baru-baru ini.

Timbalan pengerusi pemulihan demokrasi dan mobilisasi dewan itu Mohd Adram Musa berkata, berdasarkan semakannya, tiga penduduk berstatus itu didaftarkan sebagai pengundi.

Bercakap dalam sidang media di ibu pejabat PAS di Kuala Lumpur, Mohd Adram berkata, dua kes dikesan di Selangor dan satu lagi di Terengganu.

Bahkan, menceritakan usaha menjejaki seorang daripadanya - Jamaluddin Tahir di Bangi - mendapati alamat yang didaftarkan itu tidak wujud.

Mohd Adram Musa mendakwa, menurut rekod, individu berkenaan mendaftar menggunakan alamat di Jalan Pintar 11, Taman Universiti, tetapi berdasarkan pemeriksaan, taman itu sehingga Jalan Pintar 5 sahaja.

Berita sepenuhnya: http://www.malaysiakini.com/news/175235

Jurukamera: Amir Abdullah

Penyunting: Tan Jiun Wuu