DAP gagal halang wakil PAS jadi timbalan Speaker

  • 9 years ago
DAP hari ini gagal menduduki kerusi timbalan speaker DUN Selangor yang baru apabila calonnya Ng Suee Lin hanya mendapat 14 undi berbanding ADUN Bangi Dr Mohd Shafie Ngah yang mendapat 28 undi.

Mohd Shafie dilantik sebagai timbalan speaker selepas namanya dicalonkan oleh ADUN Cempaka, Iskandar Abdul Samad dan ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman.

Ng pula dicalonkan oleh ADUN Seri Kembangan Ean Yong Hian Wah dan ADUN Kinrara Ng Sze Han.