Kerja seks bukan satu pilihan

  • 9 years ago
Banyak kisah yang kita dengar dari mulut orang, berita yang kita lihat dari suratkhabar mengisahkan sisi hitam tempat yang diberi nama Chow Kit. Ada pembunuhan, kongsi gelap, pelacuran, dan segala macam jenayah berlaku di sana.

Di waktu siang, Chow Kit hanyalah sebuah tempat di tengah kepesatan bandar Kuala Lumpur yang biasa dan dihuni oleh orang biasa. Namun itu semua berubah bila malam menjelma, golongan lain akan mula bekerja bagi menghibur dan mencari rezeki buat mereka.

Di dalam dunia ini ada pelbagai kisah yang terjadi, Dari pelbagai jenis manusia dan bermacam-macam kehidupan dan pengalaman, serta dugaan yang harus ditempuhi. Secebis pengalaman hitam yang perit untuk dikenang ada kalanya tidak perlu di padam terus dari kotak ingatan jika ia boleh menjadi teladan untuk yang lain jika dikongsikan. Itu kata-kata Mak Wan (58) seorang bekas perkerja seks dan penagih di Chow Kit tidak lama dahulu. Bertekad mengubah kehidupannya Mak Wan bangkit melawan segala permasalah yang dihadapinya untuk menjadi seperti sekarang. Ikuti kisah yang sempat kami paparkan tentang kecekalan dan ketabahan hati Mak Wan dalam usaha merubah persepsii masyarakat dan dirinya. Laporan dari wartawan rentakini Shanice See melaporkan ...


Video oleh Shanice See
cerita dan suntingan: Shanice See
Jurukamera : Azudin Hidzir

Recommended