Da'i Syed dihadapkan pertuduhan seks luar tabii, cabul

  • 4 years ago
Pendakwah selebriti, Syed Shah Iqmal Syed Mohammad Shaiful, lebih dikenali sebagai Dai Syed, dihadapkan dengan pertuduhan melakukan seks di luar tabii di Mahkamah Sesyen Petaling Jaya hari ini.

Dia juga dihadapkan dengan pertuduhan cabul di Mahkamah Majistret Petaling Jaya.

Dia bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas pertuduhan dibacakan oleh jurubahasa mahkamah di hadapan hakim Faiz Dziyauddin.