'Orang Johor terluka, nasihatkan gerak bagai jarum'

  • 9 years ago
Ketua Umno Bahagian Pontian Datuk Hasni Mohammad sewaktu Mesyuarat Perwakilan Umno bahagian itu mengakui ahli Umno di Johor terluka dengan keputusan pemecatan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai timbalan perdana menteri.

Secara sinis, katanya, jangan bergerak sebagai gunting iaitu melangkah tetapi memutuskan tetapi bergerak sebagai jarum iaitu walaupun menusuk tetapi menyatukan.