China bangun teknologi AI, kamera fokus setiap gerak anda!

  • 7 years ago
Syarikat China, China Horizon Robotics melancarkan cip revolusioner 'Journey 1.0' dan 'Sunrise 1.0' dengan teknologi pintar buatan (AI) di Beijing, Rabu.

Ia menawarkan peningkatan mobiliti pintar dan kamera keselamatan pintar.

Ini bermaksud ciri-ciri keselamatan dapat ditingkatkan di mana kamera tersebut mampu memadankan maklumat diri di dalam sistem pendaftaran apabila seseorang itu berada di sesuatu lokasi.

Malah, kamera tersebut juga berkeupayaan untuk memfokuskan setiap kenderaan yang bergerak dengan memadankan nombor plat kenderaan di dalam sistem.

Teknologi ini mampu menyumbang ke arah membantu pasukan keselamatan untuk membanteras jenayah dan kemalangan jalan raya.