146,000 ahli UMNO mula pilih naib presiden, MT

  • 9 years ago
Hampir 146,000 ahli akar umbi Umno mula mengundi bagi memilih barisan pimpinan Majlis Tertinggi (MT) termasuk tiga jawatan Naib Presiden pada mesyuarat perwakilan serentak di 191 bahagian di seluruh negara bermula pagi ini.

Selain memilih kepimpinan tertinggi Umno di peringkat pusat, para perwakilan juga akan memilih barisan pimpinan di peringkat bahagian masing-masing.