Intipan ejen CIA: Pemuda Pakatan hantar memo kepada Kedutaan Amerika

  • 9 years ago
Pemuda Pakatan Rakyat hari ini menyerahkan memorandum bantahan berkaitan laporan yang mendakwa terdapat intipan ejen perisik Agensi Perisikan Pusat (CIA) Amerika Syarikat ke atas negara ini.

Rombongan berkenaan diketuai oleh Ketua AMK Shamsul Iskandar Mohd Akin.

Memorandum yang menuntut Washington itu menghentikan segera kerja-kerja risikan kemudiannya diterima oleh seorang pegawai kedutaan yang hanya dikenali sebagai Chris.