Kedutaan Myanmar enggan terima memo Rohingya

  • 9 years ago
Pejabat Kedutaan Myanmar Kuala Lumpur enggan membuka pagarnya kepada ahli Komuniti Bertindak Untuk Rohingya dan PAS yang mahu menghantar memorandum bantahan.

Sebaliknya, seorang kakitangan kedutaan mengarahkan mereka meletakkan memorandum berkenaan ke dalam peti surat.

Akibat rasa tidak puas hati berlaku, sesetengah ahli PAS bertindak mengoyakkan salinan memorandum itu dan mencampakkannya di luar pagar.