Luahan sengsara rakyat tanpa air

  • 9 years ago
Catuan air yang sepatutnya bermula di beberapa kawasan di Selangor semalam menyaksikan ramai penduduk mula membuat pelbagai persiapan meskipun bekalan air paip masih berterusan.

Isnin lalu, Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim berkata catuan atau istilah yang digunakan iaitu penjadualan adalah bagi memastikan bekalan air berterusan di negeri itu.

Ikuti tinjauan yang dijalankan oleh wartawan Raja Shahida Raja Sharil dan jurukamera Mohamad Azfar Afandi Zulkfley.