Polis ibarat Israel letak kawat duri, kata Rafizi

  • 9 years ago
Pengarah Strategi PKR Rafizi Ramli hari ini menyelar tindakan pihak polis yang meletakkan kawat besi di sekitar pusat penamaan calon DUN Kajang.

Katanya, tindakan itu seolah-olah menggambarkan pihak berkuasa bermusuhan dengan rakyat kerana kawat besi melambangkan "kejahatan" Israel terhadap golongan yang tertindas seperti di Palestin.