Bukan polis siasat Zeti, kata Khalid

  • 9 years ago
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan dakwaan bahawa pihaknya sedang melakukan siasatan terhadap Gabenor Bank Negara, Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mengikut Seksyen 124, Kanun Keseksaan kerana aktiviti yang menggugat demokrasi berparlimen.

Beliau berkata demikian ketika mengulas soalan wartawan berhubung laporan Malaysia Today bahawa Zeti dan pegawai Bank Negara disiasat oleh polis cawangan khas kerana didakwa menerima kontrak lumayan daripada Kementerian Pelajaran.

Recommended