MH370, jerebu tenggelamkan isu pilihan raya Kajang

  • 9 years ago
Kajian pola pengundian DUN Kajang mendapati pengundi di Kajang tidak menghiraukan sangat pilihan raya kecil DUN Kajang yang dijadualkan Ahad ini.

Sehubungan itu, kata Pensyarah Kanan Fakulti Pendidikan dan Sains Sosial Universiti Selangor (Unisel) Dr Muhammad Shamshinor Abdul Aziz, Kajang adalah pilihan raya kecil yang paling 'sejuk' kerana ditenggelami dengan isu-isu seperti kehilangan pesawat MAS dan jerebu.

Kajian berkenaan dilaksanakan dengan kerjasama penyelidik dari UKM, UTAR, USIM dan UMS.