Pilihan Raya Kecil Sungai Limau: 69.22 peratus telah mengundi

  • 9 years ago
Selepas 12 hari berkempen, seramai 27,222 pemilih akan menentukan siapakah wakil rakyat baru mereka di DUN di Sungai Limau hari ini.

Calon BN Ahmad Sohaimi Lazim, 53, berdepan dengan wakil PAS Mohd Azam Samat, 37, dalam pertandingan satu lawan satu.

Pemenangnya akan menggantikan bekas menteri besar Kedah Tan Sri Azizan Razak yang meninggal dunia pada 26 September lalu.

Menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), sehingga jam 2 petang, seramai 18,843 (69.22 peratus) telah mengundi.