MAS akur kehilangan MH370 dan semua penumpangnya

  • 9 years ago
Pengerusi MAS, Tan Sri Md Nor Yusof berkata maklumat yang diberikan kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 berakhir di selatan Lautan Hindi adalah amat kredibel.

Justeru, berdasarkan maklumat itu, katanya, MAS akur bahawa ia telah kehilangan MH370 dan semua penumpang serta anak kapal berkenaan.