Malaysia nafi bersubahat dalam kehilangan MH370

  • 9 years ago
Pemangku Menteri Pengangkutan Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan hari ini bahawa kerajaan bersubahat dalam kehilangan pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH370 sejak 8 Mac lalu.

Menolak dakwaan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya Malaysia memohon maaf berhubung apa yang berlaku, katanya, permohonan maaf sekarang tidak memadai kerana apa yang diperlukan adalah sokongan emosi dan perkongsian maklumat.