Isu hudud: Keputusan PKR tidak berubah

  • 9 years ago
Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, keputusan parti itu berhubung isu hudud tidak berubah dan masih sama seperti pendirian Pakatan Rakyat sebelum ini.

Kerajaan PAS Kelantan melalui anggota Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember depan.

Recommended