Isu hudud tak wujud dalam politik sebelum tahun 80-an

  • 9 years ago
Pengarah Biro Pendidikan Politik DAP Liew Chin Tong berkata, isu hudud tidak pernah wujud dalam sejarah politik negara ini sebelum tahun 1980-an.

Beliau berkata, isu hudud hanya timbul selepas PAS cuba untuk menonjolkan keislaman parti tersebut berbanding Umno pada masa itu.

Sehubungan itu, beliau mencadangkan agar isu hudud yang ditimbulkan kembali sejak akhir-akhir ini perlu ditangani dengan memberi lebih banyak ruang untuk perbincangan tentang perkara itu.