Umno S'gor ikrar anjur demo jika catuan air berterusan

  • 9 years ago
Umno Selangor hari ini memberi kata dua kepada kerajaan negeri pimpinan Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim supaya segera menghentikan catuan air ataupun pihaknya akan mengajak rakyat mengadakan bantahan besar-besaran.

Menurut pengerusinya, Datuk Seri Noh Omar, air adalah hak rakyat dan kerajaan negeri diberikan tempoh hingga 4 Mei supaya memastikan bekalan kembali pulih seperti asal,

Beliau juga mengingatkan Pakatan Rakyat supaya tidak bongkak dan sombong kerana enggan menerima bantuan daripada negeri-negeri yang berjiranan.