Mohamed Nabi ahli Umno bukan PAS - Mahfuz

  • 9 years ago
PAS menafikan bahawa Mohamed Nabi Bux, yang menyatakan hasratnya untuk bertanding pada pilihan raya kecil Bukit Gelugor pada 25 Mei ini adalah ahli parti itu.

Menurut Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Mahfuz Omar yang dipetik oleh Harakahdaily, pencarian telah dilakukan dan parti itu mendapati nama Mohamed Nabi Bux tidak terkandung di dalam sistem keahlian PAS.

Sebaliknya, Mahfuz berkata melalui semakan dan rujukan yang dilakukan, PAS mendapati beliau adalah ahli Umno.