Pemuda Umno: Memo untuk dibaling, tak takut dipenjara

  • 9 years ago
Pergerakan Pemuda Umno Wilayah Persekutuan berikrar akan meneruskan kebangkitan orang Melayu di seluruh negara bagi membantah kebiadapan DAP yang melabelkan parti Melayu itu sebagai 'celaka'.

Menurut ketuanya, Mohd Razlan Muhammad Rafii memorandum yang dibawanya itu memang bertujuan untuk dibaling ke arah muka pemimpin pembangkang sambil mengingatkan bahawa Pemuda Umno tidak gentar 'masuk penjara'.