Kawasan carian baru MH370 akan diumum - Hisham

  • 9 years ago
Kawasan carian baharu bagi mengesan pesawat MH370 yang hilang akan diumumkan dalam tempoh satu atau dua minggu lagi, kata Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

Pada sidang media selepas mendengar taklimat mengenai persediaan perasmian KLIA2 pada Selasa ini, katanya, aset tambahan dari China, Belanda dan syarikat swasta iaitu Petronas dan Sapura Kencana akan dihantar sebaik kawasan carian baru itu yang masih lagi tertumpu di selatan Lautan Hindi disahkan.