Hisham nafi dakwaan MH370 dikesan di Maldives

  • 9 years ago
Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein menafikan laporan polis Maldives yang dikatakan memulakan siasat berkaitan dakwaan sebuah pesawat terbang rendah pada hari MH370 dilapor hilang.

Selain itu, pada sidang akhbar hariannya, beliau berkata pasukan utama teknikal misi mencari dan menyelamat kini dipecahkan kepada tiga kumpulan membabitkan diplomatik aset dan logistik serta teknilai kerana kawasan liputan semakin luas.