Hisham: MAHB tak pernah pinggirkan agenda bumiputera

  • 9 years ago
Naib Presiden Umno Datuk Seri Hishammuddin Hussein meminta semua pihak supaya tidak mempolitikkan isu kononnya agenda bumiputera dipinggirkan dalam pembangunan lapangan terbang kos rendah KLIA2 di Sepang.

Beliau yang juga adalah Pemangku Menteri Pengangkutan berkata, Malaysia Airports Berhad (MAHB) tidak pernah berbuat demikian dan isu berkenaan sengaja dijadikan polemik, namun beliau berharap ini tidak akan menjejaskan apa yang telah dijayakan setakat ini.