700,000 rumah di Lembah Klang alami gangguan bekalan air

  • 9 years ago
Lebih 700,000 rumah di sekitar wilayah Gombak, Kuala Lumpur, Petaling, Klang/Shah Alam dan Hulu Langat mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual hari ini.

Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) dalam kenyataan, berkata gangguan ini berikutan pengeluaran air terawat dari loji rawatan air yang berkaitan tidak dapat menampung permintaan air tinggi di kawasan itu.