ISMA sokong kenyataan TPM, tak mustahil 13 Mei berulang

  • 9 years ago
Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA) tampil mempertahankan ucapan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bahawa tidak mustahil jika tragedi berdarah 13 Mei berulang kerana tekanan demi tekanan dikenakan ke atas kedudukan Islam dan orang Melayu.

Presiden ISMA Abdullah Zaik Abd Rahman pada laman web NGO itu berkata terdapat banyak bukti kukuh yang membenarkan dakwaan pemimpin Umno itu.