Serangan di Paris tak mustahil berlaku di Malaysia

  • 9 years ago
Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein memberi amaran bahawa serangan pengganas di Paris, Rabu lalu yang mengakibatkan 12 orang terbunuh boleh berlaku di negara ini.

Katanya apa yang berlaku itu bukannya sesuatu yang tidak dijangkakan dan semua pihak tidak seharus memandang ringan kerana tidak mustahil ia berlaku di negara ini.