Rosmah ingatkan Cina, India jaga keamanan juga

  • 9 years ago
Isteri Perdana Menteri Datin Seri Rosmah Mansor mahu rakyat pelbagai bangsa supaya menjaga keamanan di negara ini selaras dengan prinsip 1Malaysia.

Berucap pada majlis bantuan Hari Raya anjuran Yayasan Pendidikan Cheras di Pusat Rekreasi Cheras, Kuala Lumpur, katanya, semua pihak tidak seharusnya mengharapkan semata-matanya bangsa Melayu sahaja yang menjaga keamanan tetapi tanggungjawab itu mesti dipikul bersama.