Wartawan Ukraine: Lokasi MH17 terhempas sangat bahaya

  • 9 years ago
Wartawan Ukraine Nataliaya Gumenyuk memberitahu Kinitv tempat pesawat Malaysia Airlines (MAS) penerbangan MH17 terhempas sekitar Donetsk selepas terkena peluru berpandu adalah sangat bahaya.

Katanya, kawasan sekitar timur Ukraine itu bukan sahaja terpencil dan sukar dilalui tetapi kini dikuasai oleh puak pemisah yang juga sering-kali menculik wartawan tempatan.