Pesawat tentera terhempas di Medan, 5 terbunuh

  • 9 years ago
Sebuah pesawat tentera Indonesia bersama 12 kru terhempas di sebuah kawasan perumahan di Medan, Sumatera, hari ini.

Menurut media tempatan, sekurang-kurangnya lima orang terbunuh apabila pesawat jenis Hercules C-130 itu terhempas di atas beberapa buah rumah.

Kejadian itu berlaku beberapa minit selepas pesawat berkenaan berlepas dari sebuah lapangan terbang di Medan.