TPM: Persetujuan Najib-Borodai tanpa sebarang syarat

  • 9 years ago
Persetujuan antara Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dengan ketua puak pemisah Ukraine, Alexander Borodai bagi menyerahkan kotak hitam dan mayat semua penumpang pesawat Malaysia Airlines MH17 dicapai tanpa sebarang syarat, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Semasa sesi menggulung usul tergempar di Dewan Rakyat, hari ini, beliau juga memaklumkan kedua-dua kotak hitam yang diserahkan kepada Malaysia telah diterbangkan ke London untuk dianalisis oleh pakar Cawangan Penyiasatan Kemalangan Udara (AAIB) Britain.

Selepas penggulungan dan perbahasan oleh 22 ahli parlimen itu, sidang Dewan Rakyat Khas sebulat suara meluluskan usul mengutuk tindakan menembak jatuh MH17. Ia diumumkan oleh Timbalan Speaker, Datuk Ronald Kiandee.

Recommended