Soalan UPSR bocor tindakan sabotaj, kata Muhyiddin

  • 9 years ago
Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin menganggap kebocoran kertas soalan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah (UPSR) sebagai tindakan sabotaj terhadap dirinya dan juga Kementerian Pendidikan.

Beliau yang kini di Vientiane, Laos, bagi menghadiri Mesyuarat Menteri Pendidikan ASEAN Kelapan yang bermula hari ini, berkata dirinya amat marah dan dukacita atas kejadian itu.