Maklumat bocor kepada WSJ, polis siasat semua, kata IGP

  • 9 years ago
Polis mengesahkan akan menyiasat semua pihak yang relevan susulan dakwaan tiga pegawai kanan Bank Negara membocorkan “maklumat sensitif” kepada akhbar The Wall Street Journal (WSJ).

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata demikian ketika ditanya sama ada tiga pegawai itu akan disiasat.

Turut disiasat, katanya, termasuk pihak daripada bank serta anggota pasukan petugas khas yang dibentuk sebelum ini.