‘Pengkhianatan 4 exco PAS pendirian DAP, bukan Guan Eng’

  • 9 years ago
Setiausaha Organisasi DAP Kebangsaan, Anthony Loke Siew Fook membidas kenyataan bekas exco Selangor Sallehen Mukhyi yang mendakwa Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng tidak memahami undang-undang tubuh kerajaan negeri Selangor.

Katanya, kenyataan DAP yang kesal dengan pengkhianatan empat exco PAS kerana menyokong Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang telah kehilangan sokongan majoriti DUN Selangor adalah keputusan parti dan bukannya kenyataan peribadi Lim.