Menteri sahkan pendapatan isi rumah naik RM5,919

  • 9 years ago
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar hari ini mengesahkan kepada Dewan Rakyat bahawa kajian Jabatan Statistik Negara mendapati purata pendapatan isi rumah naik kepada RM5,919 sebulan pada tahun ini.

Pada masa yang sama, katanya, bahawa pendapatan isi rumah meningkat lebih tinggi dari kadar inflasi dengan indeks harga pengguna hanya meningkat dari paras 98.3 kepada 110 sahaja.