GANYANG jelajah universiti bantah Akta Hasutan

  • 9 years ago
Mahasiswa Ganyang Akta Hasutan atau GANYANG, sebuah kumpulan mewakili 17 organisasi pelajar dari 11 universiti di negara ini akan menjelajah ke seluruh institusi pengajian tinggi bagi menyedarkan orang ramai tentang perlunya Akta Hasutan (1948) perlu dimansuhkan.

Pada masa yang sama, kempen reben biru sebagai lambang kebebasan bersuara juga dilancarkan bagi menggalakkan kebebasan bersuara di peringkat universiti.