Rakyat Malaysia di London bantah Akta Hasutan

  • 9 years ago
Ratusan rakyat Malaysia di London berkumpul di hadapan pejabat Suruhanjaya Tinggi Malaysia pada Sabtu lalu dan membuat bantahan agar Akta Hasutan 1948 segera dimansuhkan.

Sebahagian besar mereka terdiri daripada pelajar dan datang dari Leeds, Cardiff, Reading, Bristol, Nottingham, Warwick, York and Southampton.

Bagi kumpulan dari Cardiff, mereka bangun seawal jam 4.30 pagi dan menaiki bas ke London untuk menyertai demonstrasi ini. Manakala kumpulan dari Leeds pula menaiki bas dengan perjalanan selama lima jam.

Walaupun tidak cukup tidur, mereka yang hadir dengan membawa pelbagai sepanduk ini terus melaung ‘Mansuh, mansuh, Akta Hasutan’ dan mendapat perhatian daripada masyarakat di Britain.